Kunjungan Hormat ke atas YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan

15 Mac 2023 – Seremban

YS PPjB Abdul Khair bin Osman Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan hadir ke Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan bagi tujuan Kunjungan Hormat ke atas YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan .

Turut hadir PgKB I Ruhisha bin Haris Timbalan Pengarah, PgKB II Mohd Hanif bin Che Hasim Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran,PgKB II Abu Bakar bin Abd Kadir

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran ,TPgB Zakaria bin Amat Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Negeri, PKPgB Ahmad Khomeini bin Kamarudzaman Dan PPgB Muhammad Syazwan bin Tajuddin Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri Sembilan.

Kunjungan Hormat ini juga sebagai memperkenalkan Pengurusan Tertinggi yang baharu bagi mendapatkan mandat serta hubungan strategik dengan pihak Kerajaan Negeri dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pegawai Perhubungan Awam

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan

Sekian Terima Kasih

English EN Malay MS
Skip to content