Jelajah Hijrah Harta sempena Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan

12 April 2023 – ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA

SALAM MALAYSIA MADANI

#JelajahHijrahHarta2023 Siri kesepuluh Jelajah Hijrah Harta sempena Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan tahun 2023 pada 12 April 2023 di Dewan Dato Hamzah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan .

Ceramah yang bertemakan ‘The Power of Giving’ telah disampaikan oleh Duta Wakaf MAINS, Ust. Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ust. Don.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, PPjB Abdul Khair Osman, Pegawai MAINS Cawangan Seremban 2, Nur Azizah Abd. Aziz dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Wakaf, Jabatan Wakaf MAINS, Alimazri Mauludin dan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan hadir ke program ini.

English EN Malay MS
Skip to content