Pada 9 Januari 2025, Dr. Chew Poh Chiang, Pegawai Penyelidik Kanan, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi, bersama-sama dengan Encik Mohd Azhar bin Jusoh, telah menghadiri lawatan dan khidmat nasihat penternakan ikan hiasan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.
Turut hadir dalam sesi ini YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, PPjB Nor Arifin bin Kamari, bersama-sama dengan Penolong Pengarah Bahagian serta Ketua Zon. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap usaha kolaborasi dan pembangunan sektor perikanan hiasan.
Lawatan ini bertujuan memberikan panduan serta sokongan teknikal bagi memperkasakan penternakan ikan hiasan, sejajar dengan usaha memperkembangkan sektor perikanan hiasan di peringkat tempatan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang erat. Semoga inisiatif ini membawa manfaat dan kejayaan yang berterusan!






