Pada 10 Januari 2025, Taklimat berkaitan Kesedaran Sindiket Scammer dan Pengurusan Kewangan telah berlangsung di Dewan Sukbom, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.
Taklimat ini disampaikan oleh Puan Norizan binti Hamzah, Sales & Business Development Manager dari AmBank yang telah berkongsi pelbagai tips penting serta panduan untuk membantu warga kerja Ibupejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan memahami cara melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan dan cara menguruskan kewangan dengan lebih bijak.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Norizan Hamzah atas penyampaian yang jelas dan penuh informasi, serta kepada semua yang hadir atas sokongan dan penyertaan anda.
Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat kepada semua untuk lebih berhati-hati dan bijak dalam menguruskan kewangan di masa hadapan.







