Taklimat Papan Tanda “Dilarang Merokok” Baharu
Pada 7 Januari 2025, staklimat berkenaan pemasangan Papan Tanda Dilarang Merokok yang baharu telah diadakan di Ibupejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sembilan. Taklimat ini diketuai oleh Encik Muhammad Adam bin Ganeshraj Abdullah dari Unit Vektor, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, bersama Pasukan Pegawai Penguatkuasa Kesihatan.
Papan tanda baharu ini memperkenalkan logo rokok tembakau dan rokok elektronik, sebagai langkah memperkasakan usaha melindungi masyarakat daripada bahaya merokok, termasuk vape dan rokok elektronik.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan teruskan sokongan anda dalam menjadikan Negeri Sembilan kawasan bebas asap rokok. Bersama-sama kita menuju ke arah persekitaran yang lebih sihat dan selamat!


