10 Februari 2025 (Isnin) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan hari ini menerima Kunjungan Hormat daripada Encik Zainor bin Zailan (A.M.N), Pengarah Keselamatan Negeri, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Sembilan.
Kunjungan ini telah disambut oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan bersama Penolong-Penolong Pengarah JBPM Negeri Sembilan.
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik serta kerjasama dalam aspek keselamatan dan kesiapsiagaan antara kedua-dua agensi bagi memastikan kesejahteraan serta keselamatan awam terus terpelihara.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat bersama




