Pada 6 Februari 2025 (Khamis), YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, di Canselori USIM.
Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan jalinan kerjasama strategik antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta USIM dalam pelbagai aspek berkaitan keselamatan dan kebombaan.
Turut hadir dalam sesi ini adalah pegawai-pegawai Kehormat PBB Kor Siswa USIM serta Pegawai Kanan JBPM Negeri Sembilan.
Semoga kerjasama ini terus memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam memperkukuh aspek keselamatan dan kesiapsiagaan.






