Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Ujian Kecergasan dan Taktikal Kebombaan (UKTK) Siri 1/2025 bagi Pegawai Bomba Gred KB1 hingga KB4 serta Pegawai Bomba Bantuan pada 10 hingga 12 Februari 2025.
Ujian ini dijalankan di tiga lokasi utama:
Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2
Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang
Balai Bomba dan Penyelamat Nilai
Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang
Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti
Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol
Program ini bertujuan untuk menilai tahap kecergasan dan kecekapan anggota bomba dalam menghadapi pelbagai cabaran operasi menyelamat dan pemadaman kebakaran.
Turut hadir, Yang Setia PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan memberikan sokongan penuh serta kata-kata semangat kepada para peserta.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat! Semoga ujian ini terus memperkukuh kecekapan dan profesionalisme pasukan bomba demi keselamatan masyarakat.









