KUNJUNGAN HORMAT JBPM NEGERI SEMBILAN KE JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI SEMBILAN
Seremban, 13 Disember 2024
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan. Kehadiran beliau disambut mesra oleh Tuan Muhammad Ilyas Queek bin Abdullah, Pengarah Kastam Negeri Sembilan yang turut berkongsi pandangan dan membincangkan usaha kolaborasi antara kedua-dua agensi dalam memperkukuhkan keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat.
Kerjasama erat antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan diharapkan dapat terus diperkukuhkan demi kesejahteraan Negeri Sembilan.














