KUNJUNGAN HORMAT JBPM NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SEMBILAN
Seremban, 12 Disember 2024
YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Pembangunan Negeri Sembilan, YBhg Dato’ Noor-Ihsan bin Hj. Che Mat.
Kunjungan ini turut disertai oleh PgKB I Mohd Hafiz Hafizal Timaradin (Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sembilan), PPgB Muhammad Syazwan bin Tajuddin, PKPgB Ahmad Khomeini bin Kamarudzaman, dan PPgB Mohd Ridzuan bin Malek Rivan.
Libat urus ini bertujuan untuk menjalin hubungan strategik dan memperkukuhkan kerjasama antara JBPM Negeri Sembilan dan Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan demi manfaat bersama dan pembangunan negeri yang lebih progresif.



