Pada 20 Disember 2024 (Jumaat), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Gotong-Royong EKSA di lobi Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan
Kehadiran YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, memberikan suntikan semangat kepada semua peserta yang berganding bahu menjayakan program ini.
Program ini bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa, bersih, dan sistematik, seiring dengan prinsip EKSA.
Terima kasih kepada semua yang terlibat! Bersama-sama kita jadikan tempat kerja sebagai contoh terbaik untuk kecemerlangan perkhidmatan awam.













