ZIARAH KASIH YS PENGARAH KE ATAS PESARA BOMBA

07 Julai 2022 l 07 Zulhijjah 1443H ZIARAH KASIH YS PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI MELAKA KE ATAS PESARA BOMBAYS PPjB Abu Bakar Bin Katain, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka menyantuni tiga (3) orang pesara bomba di kediaman masing-masing iaitu:

1. Encik Hong Tiong Bee

2. Encik S. Ayathurai Pillay

3. Encik Mohd Bin Jonit

Ziarah ukhwah tersebut diadakan bagi tujuan bertanya khabar dan sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti yang telah beliau curahkan kepada jabatan khususnya JBPM.Turut hadir bersama TPgB II Yazid Bin Mohd Tahir Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, wakil dari Persatuan Pesara Bomba Negeri Melaka dan wakil dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau.Semoga semua pesara dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

English EN Malay MS
Skip to content