PROGRAM IBADAH QURBAN BERKELOMPOK JBPM NEGERI MELAKA.

13 Julai 2022 l 13 Zulhijjah 1443H Program Ibadah Qurban Berkelompok anjuran Biro Agama Islam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka telah diadakan pada tahun ini bertempat di Balai Bomba Dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka. Turut hadir bersama YS PPjB Abu Bakar bin Katain Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Zon dan Ketua-Ketua Balai JBPM Negeri Melaka. Sebanyak dua (2) ekor lembu telah dikorbankan pada program tersebut.

Program juga turut diserikan dengan jamuan yang dimasak sendiri oleh pegawai dan anggota yang hadir.Tetamu kehormat iaitu YBhg. Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali selaku Pengerusi bersama pegawai dari Japerun Bukit Katil juga turut dijemput dan hadir ke program tersebut bagi menerima agihan daging korban untuk disampaikan kepada warga Asnaf. Penyerahan daging korban telah disempurnakan oleh YS Pengarah JBPM Negeri Melaka. “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah Korban (sebagai tanda bersyukur)” (QS. Al Kauthar 1-2).

English EN Malay MS
Skip to content