ZIARAH KASIH YS PENGARAH KE ATAS PESARA BOMBA

29 Jun 2022 l 30 Zulkaedah 1443H YS PPjB Abu Bakar Bin Katain, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka menyantuni pesara bomba iaitu Encik Radzi bin Jasat seorang pesakit ‘stroke’ di kediaman beliau. Ziarah ukhwah tersebut diadakan bagi tujuan bertanya khabar dan sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti yang telah beliau curahkan kepada jabatan khususnya JBPM. Sebelum bersara secara pilihan, tempat bertugas terakhir beliau adalah di Bahagian Kejuruteraan Jentera, JBPM Negeri Melaka.Turut hadir bersama wakil dari Kesatuan Pekerja Bomba Semenanjung Malaysia (KBPSM), wakil dari Persatuan Pesara Bomba Negeri Melaka dan wakil dari Bahagian Kejuruteraan Jentera, JBPM Negeri Melaka. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan.

English EN Malay MS
Skip to content