BERSAMA PROGRAM PENGUKUHAN JATIDIRI KELUARGA MALAYSIA mySPRM.

29 Jun 2022 | 30 Zulkaedah 1443H

Bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka telah berlangsung Program Pengukuhan Jatidiri Keluarga Malaysia mySPRM Bersama JBPM Negeri Melaka. Seramai 150 orang peserta pelbagai jawatan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah terlibat di dalam program ini.Program lawatan berinformasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang fungsi dan peranan JBPM Negeri Melaka Sebagai salah sebuah organisasi keselamatan yang berteraskan bidang kebombaan dan penyelamatan di negara ini.

Program ini dimulakan dengan ucapan kata aluan dari YS PPjB Abu Bakar Bin Katain, Pengarah JBPM Negeri Melaka dan telah dipecahkan kepada beberapa slot iaitu Ceramah Keselamatan Kebakaran dan lawatan ke pameran / demonstrasi kebombaan. Peserta telah disajikan dengan pameran kebombaan dan unit khas JBPM iaitu Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS), Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Rapid Intervention Motorcycle (RIM). Peserta juga diberi peluang merasakan pengalaman sendiri memadam kebakaran dapur dan menaiki Aerial Ladder Platform (ALP) JBPM.Semoga program ini dapat memberi manfaat serta pengalaman yang berguna kepada peserta. Kerjasama ini diharap berkekalan dan dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua agensi. Bomba dan SPRM berpisah tiada.Terus bergerak maju demi kesejahteraan dan kemakmuran Rakyat Malaysia.

English EN Malay MS
Skip to content