MAJLIS RAMAH MESRA YS PENGARAH BERSAMA-SAMA PESARA BOMBA PERINGKAT NEGERI MELAKA.

28 Jun 2022 | 29 Zulkaedah 1443H YS PPjB Abu Bakar Bin Katain, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka menyantuni pesara-pesara bomba bertempat di Restoran Klasik Terapung, Sungai Putat, Ayer Keroh Melaka. Seramai 34 orang pesara telah hadir pada majlis tersebut. Turut hadir bersama PgKB I R Saiful Iswandy Bin R Hassan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka, penolong-penolong pengarah bahagian, ketua-ketua zon, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh serta wakil dari Kesatuan Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KBPSM) dan wakil dari Koperasi Bomba dan Penyelamat Malaysia (KOBOPEM).Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk menyatukan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara JBPM Negeri Melaka dan pesara yang telah menabur bakti kepada JBPM khususnya.Suatu sidang mesyuarat juga turut diadakan bagi tujuan penubuhan Jawatankuasa Penaja Persatuan Pesara Bomba Negeri Melaka di samping dapat mengemaskini data maklumat terkini pesara dari masa ke semasa. Semoga dengan penubuhan jawatankuasa persatuan ini, segala aspek kebajikan serta perkongsian idea yang bernas dapat dibincangkan secara formal bagi tujuan kemajuan dan kemudahan semua ahli.

English EN Malay MS
Skip to content