TAKLIMAT PENYEDIAAN SASARAN KERJA UTAMA (SKU) DALAM MYPERFORMANCE HRMIS

30 NOVEMBER 2022 , RABU – Taklimat Penyediaan Sasaran Kerja Utama (SKU) dalam MyPerformance Hrmis bagi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka. Majlis disempurnakan dengan ucapan aluan daripada YS PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka sebelum diserahkan kepada Tuan Wan Mohd Hafifi bin Wan Ismail, Ketua Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memberi taklimat.

Taklimat meliputi teori dan kaedah pelaksanaan SKU dan MyPerformance seterusnya beliau juga memantau penyediaan SKU bagi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan atas kesudian Tuan Wan Mohd Hafifi bin Wan Ismail hadir ke Negeri bersejarah ini.

English EN Malay MS
Skip to content