PROGRAM PENERANGAN TENTANG SISTEM PENGAGIHAN GAS ASLI DI SELURUH KERAJAAN NEGERI MELAKA OLEH GAS MALAYSIA.

01 DISEMBER 2022, KHAMIS – Program Penerangan Berkaitan Sistem Pengagihan Gas Asli Di Seluruh Kawasan Negeri Melaka Oleh Gas Malaysia kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka. Turut hadir bersama YS PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka serta pegawai kanan jabatan.Program ini bertujuan bagi berkongsi maklumat berkenaan dengan laluan paip, keselamatan dan risiko yang ada oleh pihak Gas Malaysia Berhad. Ia juga antara inisiatif pihak Gas Malaysia Berhad pada setiap tahun supaya memberi kesedaran dan maklumat kepada pihak berkepentingan. Semoga dengan usaha yang ada ini dapat memberi pengetahuan kepada kami di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka untuk bertindak apabila berlakunya kecemasan.

English EN Malay MS
Skip to content