PENARAFAN 5 BINTANG KEPADA JBPM MELAKA DALAM SAMBUTAN HARI INTIGRITI 2022 JBPM

25 NOVEMBER 2022 , JUMAAT – Sambutan Hari Integriti 2022 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diadakan di Dewan Sutera, Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka telah dianugerahkan Pengiktirafan 5 Bintang bagi Penilaian Panarafan Bintang Pematuhan dan Pembudayaan Amalan Integriti dan Akauntabiliti Dalam Tadbir Urus Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Manakala, turut mewakili jabatan ini tempat pertama bagi kategori e-poster gangguan seksual adalah Puan Siti Fadilah binti Samsudi daripada Bahagian Pengurusan dan tempat ke-2 ialah PPgB Mohd Iskandar bin Ismail daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari .

Tahniah diucapkan kepada semua warga Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar di masa akan datang.

English EN Malay MS
Skip to content