MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IFITER SIRI 2/2022 OUTREACH WELLNESS HUB MASJID TANAH.

02 DISEMBER 2022, JUMAAT – Program ini telah dilaksanakan bermula pada bulan Mei 2022 sehingga Disember 2022 dan melibatkan semua warga kerja Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Melaka.

Program i fit and eat right (IFiter) yang di kelolakan oleh Wellness Hub Masjid Tanah ini memberi impak yang baik kepada semua pegawai bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah. Selain daripada kekuatan fizikal, kesihatan dalaman dan teknik pemakanan adalah perkara paling penting untuk menjaga kesihatan dan kecergasan seseorang. Semoga program ini diteruskan dan dipantau secara berkala agar impak yang baik ini boleh dirasai oleh lebih ramai orang.

English EN Malay MS
Skip to content