MAJLIS PERBARISAN TAHUNAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI MELAKA TAHUN 2024

BUKIT KATIL, 16 FEBRUARI 2024, JUMAAT — Majlis Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka Tahun 2024 yang disempurnakan oleh PgKB I R. Saiful Iswandy Bin R. Hassan, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka telah selesai diadakan pada pagi hari ini.

Majlis tersebut merupakan program tahunan jabatan yang diadakan setiap awal tahun telah dihadiri oleh Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua Balai serta warga kerja JBPM Negeri Melaka. Timbalan Pengarah juga melakukan pemeriksaan Perbarisan Kehormat lain-lain pangkat. Bacaan doa diketuai oleh TPgB II Mohd Khusairy Bin Deraman manakala bacaan ikrar diketuai oleh TPgB II (KUP) Mohd Syukri Bin Mohd Daud.

Dalam ucapan Timbalan Pengarah turut membacakan perutusan YAS Ketua Pengarah JBPM. Sehubungan dengan itu, Timbalan Pengarah turut berkongsi kejayaan JBPM khususnya JBPM Negeri Melaka pada Tahun 2023 bagi membina semangat dan iltizam kepada seluruh pegawai, anggota dan kakitangan yang hadir untuk menempuh Tahun Baharu 2024.

Turut hadir untuk menerima Sijil Penghargaan atas komitmen dalam membantu JBPM Negeri Melaka melaksanakan program jabatan di dahului dengan IPK Melaka, MBMB, JKR, Hospital Besar Melaka, PERZIM, AFRS Melaka, MRCSB, Pertubuhan Ukhwah Kebajikan Van Jelata Malaysia (UKVJ Cawangan Negeri Melaka, kakitangan JBPM Negeri Melaka dan Kumpulan Media Melaka. Sijil Penghargaan turut diberikan kepada 3 kakitangan TNB yang menunjukkan sikap keberanian yang tinggi dengan membuat tindakan pantas bagi memadam kebakaran rumah kediaman yang berlaku semasa melaksanakan tugas sekitar kawasan perumahan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada kali ini.

#PerbarisanTahunan#BombaMelaka#MalaysiaMadani

English EN Malay MS
Skip to content