LAWATAN DAN ZIARAH KEBAJIKAN (SAKIT) PEGAWAI JBPM NEGERI MELAKA

26 JANUARI 2024, JUMAAT — PgKB I R. Saiful Iswandy Bin R. Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka menziarahi TPgB II (KUP) Noraini Binti Husin yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan disebabkan tumor di otak.

Dr Mohd Syahir Bin Mohd Ghazali, MO Neuro Surg selaku doktor yang memantau keadaan Puan Noraini, menerangkan serba sedikit tentang keadaan pesakit kepada pegawai JBPM Negeri Melaka.

Turut dihadiri PgKB II Muhammad Izwan Arief Bin Mat Nor, Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat bersama pegawai kanan dan beberapa warga kerja JBPM Negeri Melaka.

Syafakallah, mari kita sama-sama mendoakan agar Puan Noraini kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.

English EN Malay MS
Skip to content