ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2023

PUTRAJAYA, 22 Februari 2024, KHAMIS — Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka telah menerima Anugerah Perak dalam pertandingan AIGA yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).

Anugerah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nor Yahati Binti Awang, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM). PgKB I R Saiful Iswandy Bin R Hassan, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka hadir bersama PgB Mohd Sufian Bin Alias bagi menerima penganugerahan tersebut.

Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA 2023) adalah merupakan satu anugerah bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam sesebuah organisasi.

Semoga budaya integriti yang tinggi terus menjadi amalan utama dan diamalkan oleh semua warga kerja JBPM Negeri Melaka.

#AIGA2023#JBPM#Integriti

English EN Malay MS
Skip to content