LAWATAN KERJA RASMI YB DATO’ SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD MUTALIB, TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN.

16 September 2022 (Jumaat) – Lawatan Kerja Rasmi YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Abd. Mutalib, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, Melaka.Dato’ Sri telah mendengar taklimat berkenaan dengan Muzium Bomba yang akan dibina di Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah. TPgB II Yazid Bin Mohd Tahir selaku Ketua Balai juga memberi ucapan alu-aluan kepada YB Dato’ Sri dan rombongannya.Turut hadir bersama YAS Dato’ Abdul Wahab Bin Mat Yasin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

English EN Malay MS
Skip to content