LAWATAN DARIPADA SEO-GO DISTRICT COUNCIL OF BUSAN METROPOLITAN CITY KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT AYER KEROH.

7 Oktober 2022(Jumaat) – Lawatan daripada Seo-go District Council of Busan Metropolitan City ke Balai Bomba Dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka.Diketuai oleh Madam Kim Hye Kyung, Chairman of Seo-go District Council of Busan Metropolitan City ke Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh disambut oleh PgKB II Mohamad Khairul Nizam bin Mohamad Anuar, Ketua Zon 1 Melaka, diiringi PKPgB Zahrul Azha bin Mokhtar, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh.Perkongsian semasa lawatan melibatkan persediaan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka menghadapi musim bencana, kaedah pengurusan bencana, persediaan jentera dan peralatan serta pengurusan Pasukan Bomba Sukarela. Delegasi seramai 10 orang berkenaan juga berpeluang melihat sendiri jentera-jentera Bomba yang berada di Balai Bomba Dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka.

English EN Malay MS
Skip to content