MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENGURUSAN BENCANA PERINGKAT NEGERI MELAKA.

13 September 202216 Safar 1444H TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Ketua Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Bencana Peringkat Negeri Melaka Anjuran Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Melaka di Pentas Budaya Pantai Puteri, Melaka.Turut hadir YB Datuk Zaidi bin Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar; YB. Tuminah binti Kadi@Mohd Hashim, ADUN Pantai Kundor; YS TPjB Dato’ Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat; YS PKPjB Ts. Nazili bin Haji Mahmood, Pengarah Bahagian Udara; YS PPjB Mohamad Shoki bin Hamzah, Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat JPBM; YS PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah JBPM Negeri Melaka dan YS PPjB Hamdan bin Ali, Pengarah JBPM Negeri Sembilan.

English EN Malay MS
Skip to content