SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA

09 Oktober 2022 (Ahad) – Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Melaka telah diadakan bertempat di Stadium Tun Fatimah, Melaka.Perhimpunan dan perarakan maulidur rasul telah disertai oleh Kontingen daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka seramai 50 orang pegawai bomba. YS PPjB Abu Bakar Bin Katain, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka turut sama menyertai perarakan tersebut. Semoga usaha yang dibuat ini dapat meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Rasullullah S.A.W. serta semua yang terlibat mendapat keberkatan di akhirat kelak.

English EN Malay MS
Skip to content