KUNJUNGAN HORMAT DARI PETRONAS DAGANGAN BERHAD

26 JANUARI 2024, JUMAAT — PgKB I R. Saiful Iswandy Bin R. Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka telah menerima satu kunjungan dari Petronas Dagangan Berhad. Petronas Dagangan Berhad diwakili oleh Cik Nurul Najwa Binti Mohamad selaku Territory Manager, Regional Retail – South 1.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Petronas Dagangan Berhad sekaligus memastikan halatuju kedua belah pihak dapat dicapai.

Kunjungan hormat ini juga disertai oleh PgKB II Muhammad Izwan Arief Bin Mat Nor (Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat) dan PgKB II Zulkifli Bin Nordin (Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran).

English EN Malay MS
Skip to content