ISTIADAT PENGANUGERAHAN PANGKAT KEHORMAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

KHAMIS ; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YB Datuk Zaidi Bin Johari Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (SUK) serta YB Datuk Zaidi Bin Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar menerima pangkat kehormat dengan gelaran Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dalam Istiadat Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang disampaikan oleh YAS Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di bilik Bunga Raya, Seri Negeri.

Turut hadir YAS Dato’ Edwin Galan Teruki Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan),Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka, YS PPjB Mohamad Shoki bin Hamzah, Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Salhah binti Salleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Melaka, PgKB I R Saiful Iswandy bin R Hassan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka serta pegawai-pegawai Jabatan.

English EN Malay MS
Skip to content