PENGANUGERAHAN PANGKAT KEHORMAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA KEPADA TYT NEGERI MELAKA

KHAMIS , TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima pangkat kehormat dengan Gelaran Ketua Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dalam Istiadat Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang disampaikan oleh YAS Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di pejabat TYT.

Turut hadir adalah YAS Dato’ Edwin Galan Teruki Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan),Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka, YS PPjB Mohamad Shoki bin Hamzah, Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi, PgKB I R Saiful Iswandy bin R Hassan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka serta pegawai-pegawai Jabatan.

English EN Malay MS
Skip to content