MAJLIS PERASMIAN IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI MELAKA

SELASA : TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka yang terletak di Bukit Katil, Melaka.

Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka; YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YB Dato’ Sri Dr. Hj. Ismail bin Hj. Abdul Muttalib, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YBhg. Datuk M. Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YBhg. Datuk Zaidi bin Johari; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Azhar Bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan Dan Kesejahteraan Komuniti) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YBhg. Muhammad Razman Bin Abu Samah,Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; YB Datuk Zaidi bin Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka; YAS Dato’ Abdul Wahab Bin Mat Yasin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; YS Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar bin Katain, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka; Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka; Ketua-ketua Jabatan Peringkat Negeri dan Persekutuan; Dato’-Dato’, Dif-dif Jemputan, rakan-rakan media serta pegawai-pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;

English EN Malay MS
Skip to content