SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN MASYARAKAT ORANG ASLI

27 Mei 2022, hari Jumaat rombongan seramai 6 orang pegawai bomba dan seorang wakil Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Gual Periok yang diketuai oleh Tim Pengarah JBPM Negeri Kelantan ke Kg Galang, Pos Hau, Gua Musang  untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Masyarakat Orang Asli, Suku Kaum Temiar yang mana melibatkan 4 buah rumah. Dalam masa yang sama, pihak kami telah memberi nasihat tentang keselamatan  kebakaran bagi menyedarkan mereka sebagai persediaan sebelum, semasa dan selepas kebakaran.Sepanjang perjalanan kami melalui jalan yang sukar dan berbukit dengan jalan yang tidak berturap sejauh lebih kurang 40km, dan mengambil masa dalam 2 jam dari Bbp Gua Musang.

English EN Malay MS
Skip to content