MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JBPM NEGERI KELANTAN

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JBPM Negeri Kelantan diadakan di Dataran Dato’ Mahadi pada Khamis (26 Mei 2022). Majlis itu, diserikan dengan kehadiran tetamu undangan serta pegawai jabatan dengan gerai-gerai pelbagai menu dan juadah yang menyelerakan untuk dinikmati oleh hadirin yang hadir. Seawal majlis, YS PPjB Jainal@Zainal Madasin, Pengarah JBPM Negeri disambut oleh Ketu-ketua Bahagian, Zon dan Ketua Balai serta pegawai jabatan. YS Pengarah Turut menerima Kek Ucapan Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba yang disampaikan oleh Puan Rossalwani binti Che Soh, yang mewakili Media Negeri Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content