MAJLIS PERSARAAN PB AFIZAH BINTI DAUD(BBP KOTA DARUL NAIM)

PPgB Mohd Ridzuan bin Ali, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim menyampaikan ucapan dan cenderahati kepada PB Afizah binti Daud yang akan bersara pilihan pada 1 Jun 2022( Rabu). PB Afizah binti Daud, mula berkhidmat dengan JBPM pada 1 Februari 1993 hingga 31 Mei 2022. PB Afizah binti Daud, turut mengetik kad perakam waktu terakhir sebagai ketandaan berakhirnya perkhidmatan bersama JBPM. Kami mewakili warga JBPM Negeri Kelantan khasnya, dan JBPM amnya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas jasa dan khidmat bakti yang cemerlang kepada jabatan ini. Turut Hadir anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim.

English EN Malay MS
Skip to content