Tarikh : 14 Januari 2025 (SELASA)
Masa : 0900-1630
Tempat : BBP Pasir Tumboh dan BBP Ketereh
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan dan PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke BBP Pasir Tumboh dan BBP Ketereh.
Program lawatan pada hari ini memfokuskan kepada mengenali pegawai dan anggota di balai – balai dengan lebih dekat di samping memastikan kebersihan, kekemasan serta kesiapsiagaan balai balai dari segi logistik dan pengoperasian balai.
Program lawatan hari ni turut disertai oleh PgKB II Khairul Ariffin Bin Che Ramli, Ketua Zon Kota Bharu, PgKB II Mohd Wildan Bin Azahari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Menyelamat JBPM Kelantan dan Ketua Balai
Sekian, Terima kasih










