Tarikh : 20 Januari 2025 (Isnin)
Masa :10:00-11:15
Tempat : Pejabat Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Encik Zawawi Ahmad, Pengarah Negeri SSM Kelantan bersama pegawai lain
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform untuk membincang dan mengeratkan hubungan antara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta perancangan jenis kerjasama yang boleh dijalankan bersama kelak di masa depan.
Turut sama hadir ialah PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah JBPM Kelantan serta PgKB II Nurul Alfisyahrin Bin Mhd Zaki, PPN Bahagian Keselamatan Kebakaran.






