Tarikh : 10/1/2025 ( Jumaat )
Masa : 10 pagi
Tempat : Dewan Komuniti Kg Slow Machang, Pasir Mas
TPgB II Wan Hassan bin Wan Idris, Ketua Cawangan Program Kesedaran dan Keselamatan Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran telah hadir ke Majlis Pelancaran Bomba Komuniti Kg Slow Machang Pasir Mas. Terdahulu beliau menyampaikan taklimat kepada semua ahli yang berdaftar sebagai Bomba Komuniti sebelum menyerahkan Kit Bomba Komuniti yang terdiri dari baju serta topi kepada En. Mahadi bin Ali, Pengerusi Bomba Komuniti Kg Slow Machang. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan.
Sekian, terima kasih.



