TPgB Md Pauzi Bin Othman yang bertugas sebagai Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi di Bahagian Operasi Kebombaan Dan Menyelamat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan telah menamatkan khidmatnya dalam JBPM pada 05 Januari 2025. Punch Card terakhir beliau sebagai simbolik hari terakhir berkhidmat telah disaksikan oleh PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan dan PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan Bersama -sama pegawai-pegawai di Bahagian Operasi Kebombaan Dan Menyelamat.
TPgB Md Pauzi Bin Othman telah bersara wajib pada usia 60 tahun selepas berkhidmat selama 29 tahun dan mula berkhidmat dalam Jabatan Bomba Dan Penyelamat pada tarikh 16.10.1995. Satu majlis ringkas telah diadakan di pejabat Bahagian Operasi Dan Menyelamat bagi meraikan beliau yang turut dihadiri oleh pegawai -pegawai di Bahagian Operasi dan Menyelamat dan Pusat Gerakan Operasi Negeri Kelantan.
Setinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada beliau di atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan di JBPM. Semoga sentiasa berbahagia disamping keluarga tercinta didalam melayari kehidupan selepas persaraan. Semoga TPgB Md Pauzi Bin Othman beroleh kesihatan berpanjangan dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T
Sungguh manis buah rambutan,
Enak dimakan perlahan lahan,
Bila ada sebuah pertemuan,
Pasti datang sebuah perpisahan.
Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam dupa,
Budi yang baik jadi kenangan,
Budi tuan kami tak lupa.








