Tarikh : 06 Januari 2024 (ISNIN)
Masa :09:30-10:30
Tempat : Jabatan Pertanian Negeri Kelantan
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan dan PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pertanian Negeri Kelantan.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Hajah Bahani Binti Zakaria dan Muniwati Binti Mohd, Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan.
Fokus kunjungan hormat pada hari ini ialah mengeratkan hubungan serta kerjasama dan mewujudkan persefahaman sesama jabatan, selain itu membincangkan aktiviti-aktiviti bersama yang boleh memperkasa agenda bagi maksud memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.
Semoga kunjungan hormat ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan JBPM dan Jabatan Pertanian Negeri Kelaantan untuk penambahbaikan dan keberkesanan tadbir urus jabatan. Sesi kunjungan hormat ini diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.