Tarikh : 05 Januari 2025 (AHAD)
Masa : 0900-1030
Tempat : BBP Tunjong
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan dan PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke BBP Tunjong, Kota Bharu.
Program lawatan pada hari ini memfokuskan kepada mengenali pegawai dan anggota di balai – balai dengan lebih dekat di samping memastikan kebersihan, kekemasan serta kesiapsiagaan balai balai dari segi logistik dan pengoperasian balai.
Program lawatan hari ni turut disertai oleh PBT I Zainal Fitri Bin Husain, Ketua Balai, PgKB II Khairul Ariffin Bin Che Ramli, Ketua Zon Kota Bharu dan PgKB II Mohd Wildan Bin Azahari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Menyelamat JBPM Kelantan.