NAZIRAN PEMATUHAN DAN PEMBUDAYAAN INTEGRITI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT JELI TAHUN 2023

Tarikh : 13/07/2023 (Khamis)

Masa : 0830-1100

Tempat : Balai Bomba Dan Penyelamat Jeli

PPgB Mohd Adni Bin Ibrahim Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli bersama anggota bertugas menerima kunjungan PgKB I Nur Hadi Bin Ibrahim dari Ibu Pejabat JBPM Putrajaya bagi melaksanakan Naziran Pematuhan dan Pembudayaan Integriti Bagi Tahun 2023. Auditor telah memberi informasi dan pengetahuan berkaitan peranan dan kepentingan integriti dalam tadbir urus dalam organisasi perkhidmatan kebombaan khususnya di setiap balai-balai bomba daerah. Beberapa perkara telah diambil maklum oleh pihak pengurusan balai untuk ditambahbaik bagi mencapai matlamat untuk kecemerlangan organisasi balai dan jabatan. Kunjungan berakhir dengan sesi bergambar bersama pegawai dan anggota bertugas.

English EN Malay MS
Skip to content