PROGRAM BSN CARE DAN KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN ZON 1 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN TAHUN 2023

Tarikh : 15 Julai 2023 (Sabtu)

Masa : 08.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat : Balai Bomba Dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan

Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan , PgKB I Anwar Bin Abu Bakar mewakili YS Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah hadir dalam program yang telah dianjurkan. Objektif program dianjurkan bagi memberi ilmu pengetahuan tentang kebombaan serta mengeratkan lagi hubungan bomba dan masyarakat.

Program yang dianjurkan turut diserikan dengan pertandingan mewarna oleh Kelab 3K, Demontrasi Alat Pemadam Api serta Pameran Kebombaan. Program ini juga turut dihadiri Pengarah BSN Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai jabatan kerajaan negeri Kelantan.

Program perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan, PgKB I Anwar Bin Abu Bakar. Disamping itu juga, pihak BSN Negeri Kelantan turut menyerahkan Personal Floating Devices (PFD) sebagai simbolik kerjasama pihak BSN dengan JBPM Negeri Kelantan.

Program berakhir dengan sesi penyerahan alat pemadam api kepada Pusat Jagaan Anak Yatim, Bomba Komuniti, 1 RAPI dan penyampaian hadiah kepada pemenang dalam pertandingan mewarna Kelab 3K serta sesi bergambar.

English EN Malay MS
Skip to content