NAZIRAN PEMATUHAN DAN PEMBUDAYAAN INTEGRITI (NAZIRAN SILANG) TAHUN 2023

Tarikh : 11 Julai 2023 (Selasa)

Masa : 02.00 petang – 05.00 petang

Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Bachok

BBP Bachok menerima kunjungan pegawai naziran dari JBPM Negeri Terengganu, diketuai oleh PgKB I Khariri Bin Mat Resab bersama PPgB Mohamad Zaini Bin Rosli bagi melaksanakan naziran silang peringkat JBPM Negeri Kelantan.

Ketibaan pegawai naziran disambut oleh PPgB Ahmad Ridhuan Bin Mohamad Ghazali, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok serta anggota yang bertugas. Kunjungan tersebut dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh pegawai naziran serta rondaan sekitar kawasan balai dan pemeriksaan dokumentasi balai.

Kunjungan berakhir dengan taklimat naziran yang disampaikan oleh pegawai naziran serta sesi bergambar bersama anggota bertugas.

English EN Malay MS
Skip to content