Tarikh : 21 September 2023
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama JBPM Negeri Kelantan
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah mempengerusikan mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Kerjasama antara JBPM Negeri Kelantan dengan Yayasan Raja Shamri. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya sesi pembentangan kertas kerja yang dibentangkan oleh YM Raja Shamri bin Raja Husin, Pengerusi Yayasan Raja Shamri ( YRS ). Mesyuarat diakhiri dengan sesi soal jawab oleh Ketua Bahagian,Ketua Zon dan Ketua Balai yang hadir.