PAMERAN KEBOMBAAN SEMPENA FESTIVAL KESENIAN RAKYAT KELATE 2023

Tarikh : 21 September – 23 September 2023

Tempat : Pantai Geting, Tumpat

Bertempat di Pantai Geting Tumpat, Kelantan JBPM Negeri Kelantan dijemput menyertai Pameran Kebombaan Sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate 2023 anjuran Jabatan Pelancongan, Seni dan Budaya. Cawangan Kesedaran dan Keselamatan Awam JBPM Negeri Kelantan yang diketuai oleh TPgB Amirnozri bin Amiruddin  telah terlibat dalam pameran ini. Terdahulu booth JBPM telah dilawati oleh En. Mohd Yusri b. Mohd Yusoff, Timbalan KSU Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan. Ucapan perasmian telah disempurnakan YB Datuk Kamarudin bin Md. Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan.

English EN Malay MS
Skip to content