Kunjungan Hormat Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) ke Pejabat YS Pengarah JBPM Negeri Kelantan

Tarikh : 18 September 2023

Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Pejabat YS Pengarah

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada En. Mohd Zawawi bin Ahmad, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Kelantan (SSM) bersama pegawai. Tujuan kunjungan hormat diadakan adalah untuk membincangkan tugas-tugas antara kedua-dua agensi dapat dilaksanakan secara optimum dan menyeluruh. JBPM Negeri Kelantan sentiasa bersiap sedia untuk memberi bantuan khususnya berkaitan keselamatan kebakaran bangunan dan kolaborasi mengadakan latihan berskala kecil secara bersama.

English EN Malay MS
Skip to content