MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Tarikh : 12 Nov 2024 ( SELASA )

Masa :  0900 – 1330

Tempat : Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan,   JBPM Negeri Kelantan

Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan perhimpunan tersebut yang telah berlangsung dengan pengisian pelbagai program. Majlis dimulakan seawal jam 0900 dengan sesi ceramah oleh YAPEIM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis kemudian disambung dengan tentative utama iaitu Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.

PgKB II Mohd Wildan Bin Azahari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Dan Menyelamat telah memberikan ucapan aluan sebagai penganjur program Bersama dengan Bahagian Kejuruteraan. YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan kemudian dalam ucapan beliau menekankan kepentingan integriti dan kerjasama dalam mencapai misi jabatan. Beliau juga memberi penghormatan kepada semua anggota yang telah menunjukkan dedikasi dan kecemerlangan dalam tugas masing-masing.

Majlis diteruskan dengan penyampaian pingat khas kepada penerima dari Lt. Muhaday Nithatnawaday Chakul, Ketua Operasi Bencana daerah Narathiwat, Thailand diikuti dengan Penyampaian Sijil Perkhidmatan Terpuji, Sijil Khas Operasi dan Kejuruteraan, Penyerahan Personal Protective Equipment, Penyerahan Bot ARIB, Penyerahan Sijil KIK dan Wellness Hub, Penyerahan Sijil Watikah PBS dan Penyampaian Sijil Pegawai Bersara & Bertukar.

Selain itu majlis juga telah memperuntukkan slot khas bagi meraikan PgKB I Anwar Bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Kelantan dan TPgB II Md Pauzi Bin Othman, Ketua Cawangan PGO JBPM Negeri Kelantan yang akan bersara pada bulan November 2024.

Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini bukan sahaja mengiktiraf pencapaian dan dedikasi anggota JBPM Negeri Kelantan, tetapi turut memupuk semangat kerjasama dan kecemerlangan dalam jabatan. Ia menjadi platform penting untuk mengukuhkan nilai integriti serta memperkukuh komitmen JBPM Negeri Kelantan dalam menjaga keselamatan rakyat dan negara.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar, jamuan dan para jemputan beransur pulang pada jam 1330 tengahari.

toto togel scatter mahjong cie4d sakutoto onictoto toto slot pengeluaran macau data sdy slot thailand situs toto slot zeus situs toto toto slot pawpaw4d Toto macau onictoto cie4d vartoto vartoto sakutoto public88 https://casitasdelasierra.com/ situs toto rans303 https://www.thistlechangeyou.com/ nasatoto bumispin pengeluaran macau Scatter Hitam situs toto Situs Toto live sdy live hk lotto data hk lotto ADASLOT slot 4d slot gacor kedai168 hoki138 Slot Online https://kemenpppa.com/ situs toto situs toto xtoto toto slot slot88 slot toto

slot bola

situs slot gacor slot qris
Skip to content