Tarikh : 25/11/2024 ( Isnin )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SUK Kompleks Kota Darulnaim
YS PKPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan ( Pengurusan ). Terdahulu YS Pengarah telah disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Ab. Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan ( Pengurusan). Tujuan kunjungan hormat adalah untuk mengeratkan jalinan kerjasama khususnya dalam menghadapi Bencana Banjir ( MTL ). YS Pengarah juga telah menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama dan bantuan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan. YBhg. Dato’ Haji Ab. Pattah bin Hasbullah telah mengucapkan tahniah dan syabas kepada YS Pengarah atas kenaikan pangkat dan selamat maju jaya di tempat baru. Di akhir pertemuaan YS Pengarah telah menyampaikan cenderahati kenangan dan sesi bergambar.



