Tarikh : 10 November 2024 ( Ahad)
Masa : 1000 – 1200
Tempat : BBP Bachok & BBP Pengkalan Chepa
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah mengadakan dua lawatan kerja rasmi di BBP Bachok dan BBP Pengkalan Chepa.
Destinasi pertama ke BBP Bachok telah disambut oleh
Penyelia Pasukan bertugas manakala untuk BBP Pengkalan Chepa ketibaan YS Pengarah telah di sambut oleh Ketua Balai iaitu TPgB II (KUP) Alam Nasut
Binti Hj Ilias bersama para anggota.
Dalam sesi lawatan tersebut, YS Pengarah telah bertemu dengan pegawai dan anggota di kedua dua balai memaklumkan supaya sentiasa bersedia dan waspada dengan segala kemungkinan dalam menghadapi musim MTL kelak. YS Pengarah turut mengadakan pemeriksaan pada Kad Perakam Waktu, jentera dan logistik balai masing masing agar sentiasa berada dalam keadaan siap siaga.
Lawatan berakhir dengan sesi menandatangani buku pelawat dan sesi bergambar kenang – kenangan.
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
#MalaysiaMADANI