MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN MENGHAPUS BAHAYA KEBAKARAN ( MBK ) DAN OPS RAYA AIDILFITRI TAHUN 2023 JBPM NEGERI KELANTAN

Tarikh : 18 APRIL 2023 ( Selasa )

Tempat : Mydin Mall Tunjung, Kota Bharu Kelantan

Masa  : 11.30 Pagi

Bertempat di Mydin Mall Tunjung, Kota Bharu Kelantan telah diadakan Majlis Perasmian Pelancaran Menghapus Bahaya Kebakaran ( MBK ) dan Ops Raya Aidilfitri Tahun 2023. Terdahulu aturcara dimulakan dengan persembahan Kumpulan Qasidah JBPM Negeri Kelantan. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Acara Perasmian dan Pelancaran Menghapus Bahaya Kebakaran ( MBK ) telah disempurnakan oleh YB Dato’ Panglima Perang, Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan. Gimik Perasmian Pelancaran juga telah disempurnakan oleh YB Dato’ Panglima Perang yang mana beliau telah mengaktifkan ‘Break Glass System’ di Bangunan Mydin. Majlis diakhiri dengan Gimik Pelancaran Ops Raya iaitu Pelepasan Jentera Utama JBPM Negeri Kelantan serta sesi bergambar dan sidang media.

English EN Malay MS
Skip to content